Wednesday 1 November 2017

Pengalaman belajar dalam bidang Kejuruteraan Elektrik

Hai guys assalamualaikum and slam sejahtera .. 
Kat sini sye akn cerita sedikit pengalaman sye sepanjang belajar dalam bidang kejuruteraan elektrik.
Adik2 yg bru lepas spm tu hah sesuai la tgk site ni sbb atleast korang  tau serba sedikit kos ni. Takde la termenung dok memikir tunggu durian jatuh ke muka baru terasa sakitnye ( pe tah perumpaan ni). OK.. wat mse ni sye bru abis sem 3. Alhamdullilah, semuanya baik-baik je. Ok, sye sebenarnya belajar kat Politeknik Merlimau, Melaka. Dekat2 ngan Jasin dalam 20 minit da sampai kot. 

Politeknik merlimau,Melaka

Ok, kat sini ade beberapa jabatan :
1) Jabatan Mekanikal
2) Jabatan Elektrik
3) Jabatan Pelancongan & Hospitaliti 
4) Jabatan Kejuruteraan Awam
5) Jabatan pengajian am & matematik
6) Jabatan Perdagangan

Berbalik pada bidang kejuruteraan elektrik, kejuruteraan elektrik ni ade pecahan die :
1) Diploma kejuruteraan elektrik
2)Diploma Kejuruteraan elektronik (Komputer)
3) Diploma kejuruteraan telekomunikasi

mcm sye ni Diploma Kejuruteraan Elektrik


Subjek utk setiap semester

First of all, majoriti untuk kejuruteraan ni dari sem 1-3 lebih kepada calculation , manakala sem 4-5 lebih kepada teori ade la skit calculation. Sem 4-5 tu kne struggle untuk project korang.Ok, sekarang sye terangkan dr sem 1-3 sahaja.


Sem 1 

Subjek PENGAJIAN MALAYSIAlebih kurang mcm sejarah form 4-5 . Lebih kurang mcm korang repeat balik belajar bende yang sama. Rsenye korang takde masalah psl bende nih. Final exam just jawap objektif je. 60 soalan tak silap. Ade presentation dan quiz.

Subjek COMMUNICATIVE ENGLISH ni korang lebih kepada presentation. Wat oral test , listening test and wat pembentangan. Korang target je tinggi , subjek ni backup untuk korang and sokongan bg pointer korang. Macam kiteorang wat pembentangan pasal sesuatu topik . Contoh " How to make Pancake" so korang bentang la cerita pasal bende tuh. 

Subjek ENGINEERING MATHEMATICS 1 , sye sarankan korang banyak wat latihan. ok, subjek ni kiteorang panggil " Subjek killer" . If korang ckap " Ala, biar la drop , subjek lain boley backup " . Harap anda hentikan niat korang. Korang ingat erk if korang dapat 1.00 je means C+ tahap lulus atas pagar  dengan mata kredit 3 utk subjek ni impaknye pointer korang jatuh mendadak.Sebab mata kredit die tinggi.Subjek ade gabungan matematik dengan matematik tambahan . Nanti korang belajar balik algebraic expression , simultaneous euation and banyak lg.

Subjek ELECTRICAL TECHNOLOGY ni mcm salam perkenalan daripada electrical engineering. Pengetahuan asas dalam bidang kejuruteraan elektrik. Contohnya, korang kne tau jenis2 komponen. Buat pengiraan tentang arus yg bergerak dalam litar. Kirchoff laws and banyak lagi.Wajip hafal colour code ni utk sem seterusnya. Bende ni akan guna pakai sampai abis sem.

Colour code for resistor

Subjek ELECTRICAL WIRING ni mesti korang tahunye. Yg ni lebih kepada pemasangan suis and lampu kat umah . Ok yang ni full  kemahiran tak masok dlm final exam. Korang akan diajar untuk wat pemasangan suis dua hala and mcm2 lagi.

Subjek MEASUREMENT ni lebih kepada calculation and 40% teori. Korang mesti peka bahagian practical work. Yg ni mesti korang mcm teragak- agak sebab bende ni bende baru belajar. Korang mula pakai oscilloscope and pasang litar. 50% Teori and 50% practical work . Ade practical test dalam lab. 

Subjek ENGINEERING SCIENCE ni lebih kurang mcm fizik and sains form 4 & 5. korang akan belajar ketumpatan air, tenaga yang ditarik & tolak, Daya apungan and banyak lagi. Yang ni korang mungkin dah familiar dengan topik tuh. Tapi ade sedikit pertambahan sub-topik yang korang tak pernah dgr.

ok , bg nasihat sye sem 1 ni target 3.5 ke atas untuk backup sem hadapan pulak. Klau korang target sem betol2 sem 1, korang bernafas lega tapi janganlah korang da target btol2 sem 1 and then korang drop terok sem 2 . pointer HPNM korang akan jatuh mendadak.

Ok, semester seterusnya sye akan update :) Stay tuned.